Jawatan Kuasa Penghasilan Laman Web SMKTM

Pengerusi : Pn.Alainal Hasani bt Mohd Noor
Naib pengerusi 1 : Pn.Tan Wat Eng
Naib pengerusi 2 : Pn.Junaisah bte Sabana
Naib pengerusi 3 : Pn.Mahani bte Misran
Ahli : En. Mah See See
Ahli (Pelajar) : NORAZIAH BINTI MOHD NOH
: NOORASHIKIN SALHA BT. ZAMZURI
: SABRINA BT. ABDUL SAMAT
: NOR FAZILA BT. RAMLI
: AZLYANTINY BT. MOHAMMAD
: IKMA NORHISYAM BIN A. MALEK.



Jawatankuasa ini ditubuhkan pada 1 April 1998. Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk membina laman Web sekolah dan seterusnya mengambil bahagian di dalam pertandingan laman Web anjuran PPD Petaling Jaya. Pelajar yang mengambil bahagian terdiri daripada pelajar 4 Amanah yang pada mulanya tidak mempunyai pengetahuan langsung di dalam pembinaan laman Web. Mereka ini telah diberi latihan penulisan laman Web berpandukan modul-modul yang disediakan oleh guru penasihat kelab komputer. Laman Web ini ditulis dengan menggunakan bahasa HTML. Bahasa HTML merupakan asas kepada semua program yang berbentuk WYSIWYG. Pelajar yang dapat menggunakan bahasa HTML akan dapat mempelajari corak-corak yang digunakan oleh pencipta laman Web lain dengan senang, dengan merujuk kepada 'document' source' yang terdapat di dalam menu 'View'.Pelajar 4 Amanah ini diberi tugas untuk mencari maklumat-maklumat yang diperlukan daripada guru-guru. Semua pelajar yang terlibat telah datang ke sekolah pada masa cuti sekolah iaitu dari 11-5-98 hingga 14-5-98 untuk membina laman Web sekolah di bawah pimpinan En. Mah See See. Laman Web telah siap dibina pada 15-5-98. Konsep penghasilan laman Web sekolah ialah memberi maklumat yang cepat dan tepat kepada pelawat-pelawat laman Web sekolah. Dengan itu grafik digunakan secara minimum dan digantikan dengan warna-warna yang menarik. Semua gambar sekolah telah dijadikan 'Hypertext'.Oleh itu, untuk melihat gambar-gambar yang berkenaan pelawat perlu klik pada 'Hypertex' yang disediakan.




Halaman Utama