KELAB DAN PERSATUAN
SEK MEN KEB TAMAN MEDAN






Kelab komputer telah ditubuhkan pada tahun 1993. Kelab ini dimulakan dengan 5 komputer XT dan kursus yang ditawarkan ialah DOS, Wordstar, dBASE dan lotus. Dengan pertolongan pihak PIBG kelab komputer telah mempunyai komputer 3 komputer Pentium dan 1 komputer 486. Kursus yang ditawarkan sekarang ialah kursus menaip, MSOFFICE, penghasilan laman web dan kursus penghasilan bahan-bahan multimedia.

Gambar Kelab Komputer



Guru Penasihat : En. Mah See See
: Cik Rozita bt Kahar
Tujuan: Dapat memberi pendedahan kepada para pelajar tentang
  cara penggunaan komputer dan INTERNET.
Keahlian: Terbuka kepada semua pelajar SMKTM yang berminat.
  Tetapi ia bergantung kepada 'siapa cepat dia dapat'
  kerana kekosongan adalah terhad.
Pakaian: Pakaian seragam sekolah @ t-shirt putih dan seluar
  track-suit
Masa belajar: Kelas Komputer berjalan setiap hari iaitu pada hari Isnin
  hingga hari Khamis. Bermula jam 2.10-3.10 petang untuk
  sesi 1 dan 3.10-4.10 petang untuk
  sessi 2.
Kehadiran: Setiap ahli wajib hadir pada setiap perjumpaan pada hari, tarikh dan
  masa yang ditetapkan


AKTIVITI TAHUNAN UNTUK SESSI 1998.
1. Pendaftaran ahli-23.03.1998
2. Membuat Home Page atau Laman Web untuk sekolah bagi memasuki pertandingan antara sekolah-21.05.1998
3. Mengadakan lawatan ke Planetarium Negara-19.07.1998
4. Mengadakan kursus penghasilan laman Web.
5. Mengadakan kursus penghasilan bahan multimedia

ORGANISASI KELAB KOMPUTER.
Penaung                : Pn. Alainal Hasani
Guru Penasihat      : En. Mah See See
Pengerusi              : June Janesby Roy Jihok
Naib Pengerusi      : Lailatul Niza Mohammad
Setiausaha             : Suhana Samad
Bendahari              : Lin Shui Man
Ahli Jawatankuasa : Norfazila Ramli
                             : Norasyikin Salha Zamzuri
                             : Sabrina Samat
                             : Ikma Norhisyam A.Malek


ke atas



Kelab Catur Dan Permainan Dalam
Matlamat Dan Tujuan: Untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk
                                  mempelajari dan menguasai permainan catur dan karem dengan baik.
                                   Permainan ini banyak melibatkan penggunaan tenaga pemikiran yang dapat
                                  melatih pelajar-pelajar untuk menggunakan daya pemikiran mereka dengan
                                  lebih berkesan dan efektif. Disamping itu, satu cara yang baik untuk
                                  pelajar-pelajar merehatkan otak mereka iaitu dengan cara rekreasi yang
                                  sihat.

Syarat keahlian    : Hanya untuk pelajar SMKTM.
                           : Mendaftarkan nama kepada setiausaha kelab.
                           : Membayar yuran semester RM 1.00

Pemberhentian ahli: Sekiranya ahli tidak hadir sebanyak 3 kali berturut-turut tanpa sebab , maka
                              namanya akan disingkirkan.

Penaung: Pn. Alainal Hasani
Guru Penasihat: Pn. Suseela Devi
Bil.Ahli: 27 orang

Aktiviti yang dijalankan: Lawatan
                                   : Aktiviti selepas semester 1
                                   : Melaksanakan projek Taman Catur
                                   : Mengadakan pertandingan catur di peringkat sekolah
                                   : Ceramah membina motivasi diri
                                   : Lawatan sambil beriadah


ke atas


Persatuan Lalulintas

Tujuan: Memberikan pendidikan penggunaan jalan raya bagi melahirkan insan yang berilmu
            pengetahuan, cekap, berdisiplin semasa di jalan raya.
          : Cogan kata persatuan ini ialah 'Pandu Cermat Jiwa Selamat'.

Penaung               : Pn.Alainal Hasani
Guru penasihat     : En Mahyuddin Mohd Yusuf
                            : Pn Siti Amra Mat Alih
                            : Pn Iris

Aktiviti persatuan : Melukis garis putih pemisah antara pejalan kaki dengan kenderaan bermotor.
                            : Ekspedisi berbasikal
                            : Lawatan sambil beriadah
                            : Ceramah kempen keselamatan
                            : Memperbaiki tempat letak basikal.

ke atas


Kelab Koir

Tujuan: Melahirkan bakat-bakat baru yang terpendam di kalangan pelajar.
          : Mengasah bakat yang sedia ada pada pelajar SMKTM.

Penaung          : Pn.Alainal Hasani
Guru penasihat: Pn.Foong Soon Hiong
                       : Pn.Shahrom Mohd Jasin

Perlembagaan: Dibuka hanya pada pelajar SMKTM daripada kelas peralihan hingga tingkatan 5.
Mempunyai minat dalam bidang seni suara.

Aktiviti: Persembahan minggu bahasa dan budaya.
           : Pertandinga koir antara sekolah.


ke atas


Persatuan Rekacipta

Tujuan: Mengasuh dan membina daya rekacipta berdasarkan pengetahuan dan kreativiti pelajar.
          : Membentuk disiplin kerja yang berkualiti bagi individu dan berkumpulan.
         : Melahirkan generasi yang kreatif, inovasi dan berdaya maju dalam merealisasikan wawasan.

Penaung           : Pn.Alainal Hasani
Guru penasihat: En.Fadzil Man

Aktiviti : Mengadakan pertandingan rekacipta antara pelajar-pelajar dan guru-guru.
            : Menghantar wakil bagi memasuki pertandingan rekacipta antara sekolah-sekolah
             daerah Petaling.


ke atas


Persatuan Seni Dan Budaya

Penaung          : Pn.Alainal Hasani
Guru penasihat: Pn.Roziah Zainal Abidin
Bil.Ahli            : 76 orang

Tujuan: Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik, perkembangan sosial, jasmani
            dan rohani berdasarkan falsafah pendidikan negara.
           : Mencungkil bakat seni yang ada dalam diri pelajar.
           : Memelihara warisan budaya dan memupuk rasa cinta terhadap warisan budaya bangsa.

Aktiviti: Persembahan Hari Sukan
           : Persembahan Hari Guru ( boria )
           : Lawatan ke Sri Pentas TV3
           : Persembahan Hari Ucapan ( Tarian Tradisional 3 Kaum Utara )
           : Lawatan ke Perkampungan Budaya Air Keroh Melaka

Perlembagaan: Keahlian terbuka kepada semua pelajar SMKTM yang berminat
: Setiap ahli wajib hadir pada setiap perjumpaan pada hari, tarikh dan masa
  yang ditetapkan
: Ahli yang tidak hadir tanpa alasan yang munasabah akan dikenakan tindakan tatatertib



ke atas



Halaman Utama