KELAB PERMAINAN SMKTM



Kelab bola jaring ditubuhkan untuk melahirkan pemain-pemain yang berbakat dan mengajar teknik-teknik serta peraturan permainan bola jaring.Kelab ini dibimbing oleh seorang guru penasihat iaitu Pn.Salhah.Kelab ini mempunyai seramai 76 orang ahli.Antara perlembagaan kelab ini ialah:


A.Syarat keahlian iaitu terbuka kpd semua pelajar SMKTM.Ahli-ahli diwajibkan mendaftar dgn
    kelab dan ahli diwajibkan menghadiri semua perjumpaan kelab.
B.Keahlian terbatal sekiranya seorang ahli itu tidak menghadiri perjumpaan selama 3 kali
    berturut-turut tanpa sebab.
C.Jawatankuasa kelab terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiusaha, Bendahari dan ahli
    jawatankuasa yang mewakili setiap tingkatan.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
A.Pendaftaran ahli baru
B.Mesyuarat agung
C.Latihan dan kemahiran asas
D.Pertandingan antara ahli

ke atas

Kelab hoki ditubuhkan untuk melahirkan pemain yang berkualiti , melahirkan pelajar yang berdisiplin dan mencungkil bakat-bakat baru dari pelajar-pelajar sekolah ini.Kelab ini dibimbing oleh seorang guru penasihat iaitu Pn Norazam.Kelab ini mempunyai seramai 50 orang ahli.Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
A.Majlis perlantikan AJK
B.Mengadakan latihan
C.Mengadakan jualan pada hari kantin


ke atas

Olahraga terbahagi kepada 2 iaitu balapan dan padang.Tujuan olahraga ditubuhkan ialah untuk melahirkan dan mengembangkan potensi dan minat pelajar serta melahirkan pelajar yang cergas dan selaras dengan konsep falsafah pendidikan negara.Mempunyai seramai 30 orang ahli yang dibimbing oleh En Zamri b.Bahari.Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
A.Pendaftaran
B.Mesyuarat agung
C.Mesyuarat AJK
D.Kutipan yuran
E.Latihan kecergasan

ke atas

Kelab ping pong dibimbing oleh 2 orang guru penasihat iaitu Pn Ng Siew Tuan dan Pn Zawiah.Tujuan kelab ini ditubuhkan ialah untuk memperkembangkan potensi dan bakat pelajar dalam permainan ping pong ini. Kelab ini mempunyai seramai 50orang ahli.Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
A.Latihan
B.Pertandingan antara sekolah daerah Petaling
C.Pertandingan peringkat sekolah

ke atas

Kelab sepak takraw ini ditubuhkan bertujuan untuk menjadi johan peringkat Daerah dan seterusnya peringkat Negeri.Kelab ini dipimpin oleh seorang guru penasihat iaitu En Fadzil b Man.Kelab ini mempunyai seramai 42 orang ahli.Antara perlembagaan kelab ini ialah:
A.OBJEKTIF
1.Mendedahkan kepada pelajar tentang asas, teknik, dan peraturan permainan sepak takraw.
2.Melahirkan pemain-pemain yang berpotensi dan berkualiti bagi mewakili sekolah.
3.Melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin dan mempunyai semangat kesukanan

B.SYARAT KEAHLIAN
1.Terbuka kepada semua pelajar SMKTM
2.Ahli yang sah diwajibkan menghadiri setiap perjumpaan kelab ini
3.Ahli yang tidak menghadiri perjumpaan kelab sebanyak 3 kali berturut-turut tanpa sebab dan ahli
    yang melanggar peraturan kelab akan dibatalkan keahliannya.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
A.Memasang jaringan dawai di setiap gril tangga dan surau.
B.Menanam anak-anak pokok di belakang blok C.
C.Latihan seminggu sekali sebagai persediaan mewakili sekolah.


ke atas

Kelab bola sepak ditubuhkan untuk melahirkan bakat-bakat baru yang cemerlang dalam bola sepak.Kelab ini dipimpin oleh En Hasbullah.Kelab ini mempunyai seramai 100 orang ahli.Perlembagaan kelab ini ialah seperti perlembagaan F.A.M.Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
A.Pemilihan pasukan bawah 18 tahun dan 15 tahun
B.Perlawanan antara tingkatan
C.Lawatan sambil belajar ke kelab F.A.S
D.Latihan 2 kali seminggu

ke atas

Kelab badminton ini dibimbing oleh Cik Habibah bt Hj.Baba.Ahli kelab ini terdiri daripada 100 orang ahli.Perlembagaan kelab ini ialah:

A.MATLAMAT
1.Mendedahkan pelajar tentang asas, teknik dan peraturan permainan badminton.
2.Melahirkan pemain yang berpotensi dan berkualiti utk mewakili sekolah.
3.Melahirkan pelajar yang berdisiplin dan mempunyai semangat kesukanan

B.SYARAT KEAHLIAN
1.Terbuka kepada semua pelajar SMKTM
2.Ahli diwajibkan menghadiri semua perjumpaan kelab
3.Keahlian akan terbatal jika ahli tersebut tidak menghadiri perjumpaan sebanyak 3 kali
    berturut-turut tanpa sebab dan melanggar peraturan kelab.
Aktiviti yang dijalankan ialah:
A.Mengadakan latihan berkumpulan dan perseorangan setiap minggu
B.Mengecat garisan di gelanggang badminton

ke atas



Halaman Utama