KEMUDAHAN SEKOLAH SMKTM



Idea untuk membina serambi ilmu datangnya dari guru H.E.M iaitu, Puan Junaisah.Ia telah dibina pada tahun 1995. Kos pembinaan untuk serambi ilmu ini ialah RM 500 yang disumbangkan oleh sebuah syarikat, iaitu Nizam Kassim Sdn. Bhd.Tujuan pembinaan tempat ini ialah untuk mewujudkan kelas dalam taman di mana pelajar-pelajar dapat membaca seperti majalah,surat khabar dan buku rujukan.Persekitaran serambi ilmu ini dihiasi dengan pokok-pokok bunga untuk mewujudkan suasana kedamaian dan keharmonian disamping dapat mengelakkan pelajar daripada bosan membaca.Dari segi sains juga menunjukkan bahawa warna segar daripada tumbuhan dapat merehatkan mata dan fikiran setelah penat membaca.

Gambar Serambi Ilmu

ke atas


    Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan terletak di sebelah barat daya, bahagian sekolah.Padang sekolah ini yang berukuran 90 X 50 meter, boleh memuatkan kira-kira 3000 orang pelajar.Di bahagian kiri dan kanan padang sekolah ini terdapat tiang gol yang disediakan khas bagi para pelajar untuk bermain bola sepak.Terdapat pagar yang mengelilingi padang sekolah ini.Ianya bertujuan untuk mengelakkan berlakunya pencerobohan dari orang-orang yang tidak berkenaan Berbagai acara yang dapat dilakukan di padang sekolah ini seperti acara olahraga dan balapan pada peringkat sekolah mahupun daerah.Acara sukan tahunan bagi Sekolah Menengah Taman Medan juga turut diadakan di padang sekolah ini.Kadangkala ada juga orang luar yang tinggal berhampiran dengan sekolah ini bermain bola sepak pada waktu petang. Boleh dirumuskan bahawa padang juga merupakan salah satu daripada aspek penting bagi pembangunan sesebuah sekolah.

KE ATAS




    Gelanggang Badminton Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan telah di bina pada tahun 1990.Gelanggang ini berukuran 13.4 m X 6.10 m dan terletak diantara blok a dan blok b.Terdapat 2 gelanggang badminton di sekolah ini.gelanggang yang pertama terletak di hadapan pejabat sekolah manakala gelanggang yang kedua terletak di bahagian hadapan bilik guru.Tujuan gelanggang ini dibuat adalalah untuk para pelajar beriadah setelah lama menelaah pelajaran.Ini juga dapat merehatkan minda dan fikiran. Gelanggang ini digunakan oleh semua pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.Semua aktiviti yang berkaitan dengan permainan badminton dijalankan di sini.Kadangkala gelanggang badminton ini juga dijadikan tempat bermain ping pong. Segala pertandingan tidak kira yang dianjurkan oleh kelab badminton mahupun pihak sekolah diadakan di gelanggang ini.

KE ATAS




Gelanggang serbaguna telah dibina pada tahun 1991.gelanggang ini dibina kerana pada masa itu Sekolah Menengah Taman Medan menjadi penganjur bagi permainan sepak takraw MSSD petaling dari tahun 1991-1994.Kos pembinaan gelanggang serbaguna ini dianggarkan sebanyak RM10 ribu-RM15 ribu.Keluasan gelanggang serbaguna ini ialah 101.44 X 45.78 m.persegi.Di dalam gelanggang ini terdapat beberapa gelanggang seperti gelanggang bola tampar,gelanggang sepak takraw,dan gelanggang bola baling.Gelanggang ini juga digunakan untuk aktiviti sukan dan riadah.Adakalanya gelanggang ini juga digunakan oleh ahli-ahli persatuan kelab dan beruniform untuk menjalankan aktiviti ko-kurikulum.

Gambar Gelanggang serbaguna

KE ATAS




Kantin merupakan tempat para pelajar dan guru-guru di sekolah ini menjamu selera pada waktu rehat.kedudukan kantin ini adalah strategik iaitu terletak di bahagian utara yang mengajur di sebelah kiri dari arah pintu pagar utama.Disamping iti kantin juga digunakan oleh para pelajar memenuhi masa terluang dengan mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakan.     Terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman yang dijual dengan harga yang berpatutan.Terdapat tiga buah gerai utama yang menjual pelbagai jenis makanan.Gerai pertama menjual pelbagai makanan seperti nasi goreng,nasi lemak,mee goreng,mihun goreng dan mee teow.Gerai ini juga menjual pelbagai jenis makanan ringan seperti keropok,gula-gula,kek dan roti.Makanan yang berasaskan daging juga boleh didapati disini seperti nugget.bebola ikan,hot dog dan daging burger.Semua makanan ini dijual dalam harga tidak lebih daripada RM1.00. Pelbagai jenis minumam juga turut dijual.Antaranya ialah air botol,air tin,air kotak,air mineral dan air minuman yang dijual di dalam palstik seperti air anggur,oren,sirap dan laici yang dijual dengan harga RM0.60 hingga RM1.00. Gerai yang berikutnya menjual satu makanan khas sahaja iaitu laksa.Laksa ini dijual dengan harga RM1.00 semangkuk.Manakala gerai yang terakhir juga menjual satu makanan khas sahaja iaitu roti canai.Harga sekeping roti canai ialah RM0.60. Kelpebagaian makanan yang dijual di kantin membolehkn para pelajar memilih makanan yang digemari mengikut citarasa sendiri.Keadaan sekeliling yang bersih juga membakitkan selera para pengunjung. Kantin dibuka dari pukul 7.30 pagi hingga ke 6.45 petang.

Gambar Kantin

KE ATAS




Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan ditubuhkan pada tahun 1992. Pengerusi koperasi yang pertama ialah Tuan Haji Abdul Rashid.Koperasi ini ditubuhkan dengan tujuan untuk membantu para pelajar mendapatkan alat-alat tulis dengan lebih mudah.Segala urusan belian barang-barang diuruskan oleh pengurus belian.Segala barang-barang yang masuk dicatat oleh pengurus stok.Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan juga mempunyai saham.Urusan saham ini diuruskan oleh pengurus saham.Pengurus saham akan mengutip wang dari para pelajar dan guru.Kutipan ini dijadikan sebagai modal.Setiap tahun dividen akan diberikan kepada para pelabur.Segala urusan jualan pula diuruskan oleh pengurus jualan serta dibantu oleh pembantu jualan.Pembantu jualan terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah yang telah dipilih daripada mesyuarat agung.Mesyuarat ini diadakan sekali dalam setahun.     Koperasi dibuka dari pukul 10.10 pagi hingga 11.00 pagi, bagi hari Isnin hingga Rabu dan 9.30 hingga 10.30 pagi bagi hari Khamis dan Jumaat.Waktu ini khas untuk sessi pagi sahaja.Bagi waktu petang pula pada hari Isnin hingga Jumaat koperasi dibuka dari pukul 3.10 hingga 3.30 petang.

Gambar Koperasi

KE ATAS




Bilik rawatan terletak di blok b paras 1.Terdapat pelbagai kelengkapan di dalam bilik rawatan ini seperti 4 buah katil bujang berserta tilam dan bantal,sebuah almari,lampu kalimantang,kipas syiling,selimut,"stretcher",peti pertolongan cemas dan buku catatan pelajar yang sakit berserta butir-butir diri.

Gambar Bilik rawatan


KE ATAS


Halaman Utama