PUSAT SUMBER SEKOLAH



PERPUSTAKAAN

BILIK MEDIA



Perpustakaan

Gambar Perpustakaan


PERATURAN PERPUSTAKAAN

Berpakaian seragam sekolah apabila masuk ke perpustakaan.

Dilarang membawa beg , makanan , minuman ke dalam perpustakaan.

Dilarang bermain dan membuat bising di dalam perpustakaan.

Guru hendaklah mengawasi pelajar semasa di perpustakaan.

Kemaskan kerusi setelah digunakan.

Pulangkan bahan-bahan bacaan yang diambil ke tempat asalnya.

Hendaklah berbaris semasa meminjam dan memulangkan buku.

Jangan rosakkan bahan bacaan yang terdapat di perpustakaan.



MASA DIBUKA

    ISNIN HINGGA JUMAAT
   8.00 PAGI HINGGA 4.00 PETANG

    SABTU
   8.00 PAGI HINGGA 12.45 TENGAHARI



KAD PERPUSTAKAAN

Pelajar boleh membeli kad perpustakaan pada guru perpustakaan dengan harga RM0.50.



BUKU PANDUAN PMR DAN SPM

Anda boleh meminjam buku rujukan ini selama 2 hari sahaja.
Buku ini boleh dirujuk pada bahagian buku tanda bulat hijau.



PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN

Guru yang ingin membawa pelajar ke perpustakaan diminta membuat tempahan terlebih dahulu.
Hanya satu kelas sahaja yang dibenarkan berada di perpustakaan dalam satu masa.



ke atas







Bilik Media

Bilik media merupakan salah satu badan sekolah yang bergabung dengan perpustakaan di bawah pusat sumber SMKTM.Unit Siaraya merupakan salah satu unit yang baru ditubuhkan di bawah bidang bilik media.Bilik media dikendaliakn oleh guru penasihat yang terdiri daripada tiga orang guru iaitu En. Datu Raiman serta Puan Francisca John untuk sessi pagi manakala Cik Rahimi untuk sessi petang.Guru-guru akan merujuk kepada guru-guru penasihat ini apabila mereka hendak menggunakan bilik tersebut.Ia mestilah ditempah sehari sebelum tarikh menggunakannya serta alat-alat yang diperlukan disenaraikan supaya persediaan awal dapat dilakukan sepenuhnya.

Objektif penubuhan bilik media ini adalah untuk mengawal serta mengendalikan segala audio, alat pandang dengar dan alat bahan mengajar (ABM).Walaubagaimanapun bilik media ini juga memberikan perkhidmatan kepada sekolah dengan sistematik dan sebaik-baiknya.Disamping itu, beberapa perjumpaan telah dijalankan unntuk meningkatkan keberkesanan penggunaan bilik media, malahan merancang aktiviti-aktiviti yang boleh membawa kepada kebaikan dan kepentingan bersama.Segala perbincangan yang bermanfaat akan diadakan pada masa-masa akan datang.


ke atas




Halaman Utama