Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan siap dibina pada 3 Dis 1989. Taraf Sekolah telah dinaikkan dari GRED B ke GRED A pada tahun 1993.Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan mempunyai 2 sesi iaitu sesi pagi untuk tingkatan 3,4 dan 5,manakala sesi petang untuk tingkatan 1, 2 dan peralihan. Dari masa ke semasa kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah semakin bertambah seperti surau , serambi ilmu, pertambahan komputer , garaj kereta dan pertambahan kantin . Pada awal era pembukaan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan bilangan pelajar hanya seramai 413 orang manakala bilangan guru pula seramai 16 orang dan 7 orang kakitangan sokongan .Tetapi pada masa kini,bilangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan telah mencapai ke angka 2000 orang dan bilangan tenaga pengajarnya pula seramai 104 orang dan 6 orang kakitangan sokongan.
Banyak pembaharuan telah dilaksanakan sejak dari tahun 1989 dan berbagai-bagai peristiwa-peristiwa sejarah telah dicatat oleh sekolah,diantaranya :


    SMTM SEKOLAH TERCINTA

    BERDIRI MEGAH SUASANA INDAH
    SMTM SEKOLAH TERCINTA
    TUMPUAN PELAJAR MENIMBA ILMU
    AGAR TERCAPAI SEGALA CINTA

    BERBILANG BANGSA PELBAGAI BUDAYA
    BERSATU ERAT MEMBENTUK JIWA
    BERPENGETAHUAN , BERAKHLAK MULIA
    DEMI AGAMA , BANGSA , NEGARA

    PARA PENDIDIK IKHLAS MEMBIMBING
    PENUH BERSEMANGAT DAN DEDIKASI
    PELAJAR CERGAS MEMBINA DIRI
    TERBUKA MINDA MENINGKAT KREATIVITI

    KAMILAH BANGSA HARAPAN IBUNDA
    BERILMU PROGRESIF MENUJU CEMERLANG
    DOAKU SMTM SENTIASA CERIA
    SUMBANGAN SUCIMU TETAP DIKENANG




Ke atas



Halaman Utama